Friday, February 15, 2013

pencapaian tertinggi UBK SMK Subang

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang diberikan setelah bertahun-tahun kami cuba dapatkannya, akhirnya 1 November 2012 menjadi saksi bersejarah apabila kami dinobatkan menang tempat pertama untuk Anugerah Perkhidmatan Terbaik Unit Bimbingan & Kaunseling Daerah Petaling Perdana 2012...
tiada ucapan yang boleh dituturkan saat itu, mungkin bagi orang yang memandang, apa lah sangat anugerah tu.. tapi usaha dan komitmen berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan untuk didokumentasikan tidak semua orang boleh merealisasikannya. hampir dua minggu, kami berkurung untuk mendokumentasikan yang terbaik hasil kerja 2012... 
bila diimbas kembali, sewaktu mendapat surat penghargaan dari PPD yang memaklumkan UBK SMK Subang tercalon antara 5 buah sekolah untuk anugerah itu... rasa macam tak percaya.. lagi tak percaya bila kena hantar dokumentasi dalam tempoh 3minggu.. bincang punya bincang, kata sepakat dah dapat.. yes!!! we go for it!! jadi, untuk mendapatkan anugerah, usaha perlu dibuat... bermulalah pembahagian tugas dan pengumpulan maklumat & laporan... 
syukur alhamdulillah, cikgu2 relief faham dengan urusan kami.. kami rehat dari merelief guru-guru sepanjang tempoh 2 minggu terakhir sebelum hantar dokumentasi tu.. agenda berkurung dlm bilik Al-Ghazali pun bermula.. kekuatan datang serta merta memandangkan semua pentadbir memberikan sokongan, apalagi dengan tujuan mengharumkan nama sekolah.



dipendekkan cerita...Akhirnya, anugerah itu milik kami.. tersenyum lebar semua. untuk mendapat tempat di hati orang sekeliling, adakalanya kita perlu tonjolkan apa yang kita ada.. nah, inilah yang kami ada.. 5 orang GBK yang saling bantu membantu.. puas menangis bersama, merintih bersama, sakit pening..semuanya berkongsi cerita..akhirnya, senyuman ini menghapuskan semua kedukaan. 

kami kongsikan di sini hasil kerja yang kami hantar ke PPD PP yang melayakkan kami mendapat anugerah itu... 





kini, kami dalam proses mendapatkan semula original copy ni dr puan Penolong PPD (Kaunseling HEM), namun katanya ada sekolah yang pinjam.. wah, ada yang pinjam.. maknanya kami dah berkongsi perkara yang baik kepada sekolah lain yang memerlukan... Alhamdulillah..

semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan sentiasa menjadi suntikan semangat buat kami berlima untuk terus berkhidmat di SMK Subang.

kami mengharapkan kerjasama dari semua warga SMKS untuk menjadi yang terbaik di Petaling Perdana. Insya Allah..

*optimis untuk menjadi bitara*

sekian, 

admin

2 comments:

Wikipedia

Search results