cikgu boleh ceritakan kat sini...apa yang cikgu kaunseling buat... mesti ramai nak tahu kan..
fokus pertama...
pembangunan & pengembangan sahsiah diri murid
maknanya cikgu berperanan untuk memupuk sikap penyayang, budi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa kepada semua murid.
contoh : Kalau A seorang pengawas tetapi tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin. maka, cikgu perlu membantu A menonjolkan ciri-ciri seorang pemimpin.
fokus kedua...
peningkatan disiplin diri murid
maknanya cikgu berperanan untuk memupuk disiplin murid termasuk cara mencegah dari perkara yang melanggar peraturan dan gejala sosial yang lain (buli, vandalisme, mencabul dan lain-lain)
contoh : B telah membuli di dalam kawasan sekolah. maka, cikgu perlu membantu B mengurangkan/berhenti dari melakukan gejala yang tidak sihat itu.
fokus ketiga...
pendidikan kerjaya murid
maknanya cikgu bertanggungjawab mendedahkan dan membimbing murid tentang peluang menyambung pelajaran dan hala tuju kerjaya murid.
contoh : C tidak tahu cita-citanya apa. maka, cikgu perlu bantu C mengenali dirinya sendiri dan membantu C menentukan minatnya di dalam bidang apa.
fokus keempat...
Psikososial & Kesejahteraan mental murid
maknanya cikgu perlu bimbing murid supaya mengekalkan dan mengurus diri dan mental agar lebih baik. ia merangkumi emosi, proses bergaul dan cara berfikir ke arah yang positif.
contoh : D baru kematian ibunya dan dia agak sukar menerima kenyataan yang dia kehilangan orang yang tersayang. cikgu perlu bantu D untuk berfikir dengan rasional dan bertindak dengan cara yang betul.
kesimpulannya;
apa sahaja berkaitan dengan tingkah laku, perangai, tabiat, komunikasi dan sebagainya adalah menjadi fokus utama tugas dan peranan cikgu kaunseling.
tapi bagaimana?
- sesi bimbingan/ kaunseling individu
- sesi bimbingan/ kaunseling kelompok
- program perkembangan (kursus kepimpinan, pameran kerjaya, perkembangan remaja, pengurusan diri & masa dll)
- program pencegahan (kelas relief, ceramah, pameran anti dadah, hiv/aids, kesihatan, stress, mental dll)
- program intervensi (pemulihan dari gejala yang tidak sihat)
- kaunseling krisis (kes-kes kecemasan)
- konsultasi ibu bapa (perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga)
- pembimbing rakan sebaya
- lawatan ke rumah
- lawatan sambil belajar
- lain-lain yang difikirkan sesuai dan perlu
tidak semudah yang disangka, bukan? mengubah tingkah laku & membentuk peribadi mulia tidak semua orang mampu lakukannya. namun, dengan kerjasama semua pihak, usaha murni cikgu-cikgu dapat direalisasikan suatu masa nanti.
cabaran ada di mana-mana. tetap berusaha walaupun dugaan datang melanda. positif dengan masa depan. Insya Allah berjaya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka"
QS 13:11
kami hanyalah pengantaranya (fasilitator/ pemudahcara) sahaja.. andalah mengubahnya..
datanglah berjumpa kami, jika ada perkara yang perlu dikongsikan atau diselesaikan. kami sedia membantu anda dengan hati yang terbuka.
sehingga bertemu lagi dalam coretan yang akan datang.. harap tak jemu baca coretan cikgu.
salam sayang untuk semua murid Subang..
sekian,
admin manis..
No comments:
Post a Comment