Saturday, February 16, 2013

Kenali Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Bila ditanya... apa kerja cikgu matematik.. pasti mudah nak jawab kan.. tapi bila ditanya apa kerja cikgu kaunseling.. sudah pasti ramai yang tergaru-garu kepala yang tak gatal malah dengan lebih mudah ramai yang cuma dapat mengatakan 'tak tahu cikgu..' mungkin salah tu tak datang dari murid.. tapi dari cikgunya yang belum cukup memberi 'expose' dengan apa tanggungjawabnya...

cikgu boleh ceritakan kat sini...apa yang cikgu kaunseling buat... mesti ramai nak tahu kan..


fokus pertama... 
pembangunan & pengembangan sahsiah diri murid
maknanya cikgu berperanan untuk memupuk sikap penyayang, budi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa kepada semua murid.

contoh : Kalau A seorang pengawas tetapi tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin. maka, cikgu perlu membantu A menonjolkan ciri-ciri seorang pemimpin.

fokus kedua...
peningkatan disiplin diri murid
maknanya cikgu berperanan untuk memupuk disiplin murid termasuk cara mencegah dari perkara yang melanggar peraturan dan gejala sosial yang lain (buli, vandalisme, mencabul dan lain-lain)

contoh : B telah membuli di dalam kawasan sekolah. maka, cikgu perlu membantu B mengurangkan/berhenti dari melakukan gejala yang tidak sihat itu.

fokus ketiga...
pendidikan kerjaya murid
maknanya cikgu bertanggungjawab mendedahkan dan membimbing murid tentang peluang menyambung pelajaran dan hala tuju kerjaya murid.

contoh : C tidak tahu cita-citanya apa. maka, cikgu perlu bantu C mengenali dirinya sendiri dan membantu C menentukan minatnya di dalam bidang apa.

fokus keempat...
Psikososial & Kesejahteraan mental murid
maknanya cikgu perlu bimbing murid supaya mengekalkan dan mengurus diri dan mental agar lebih baik. ia merangkumi emosi, proses bergaul dan cara berfikir ke arah yang positif.

contoh : D baru kematian ibunya dan dia agak sukar menerima kenyataan yang dia kehilangan orang yang tersayang. cikgu perlu bantu D untuk berfikir dengan rasional dan bertindak dengan cara yang betul.

kesimpulannya;
apa sahaja berkaitan dengan tingkah laku, perangai, tabiat, komunikasi dan sebagainya adalah menjadi fokus utama tugas dan peranan cikgu kaunseling.

tapi bagaimana?

  1. sesi bimbingan/ kaunseling individu
  2. sesi bimbingan/ kaunseling kelompok
  3. program perkembangan (kursus kepimpinan, pameran kerjaya, perkembangan remaja, pengurusan diri & masa dll)
  4. program pencegahan (kelas relief, ceramah, pameran anti dadah, hiv/aids, kesihatan, stress, mental dll) 
  5. program intervensi (pemulihan dari gejala yang tidak sihat)
  6. kaunseling krisis (kes-kes kecemasan)
  7. konsultasi ibu bapa (perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga)
  8. pembimbing rakan sebaya
  9. lawatan ke rumah
  10. lawatan sambil belajar
  11. lain-lain yang difikirkan sesuai dan perlu

tidak semudah yang disangka, bukan? mengubah tingkah laku & membentuk peribadi mulia tidak semua orang mampu lakukannya. namun, dengan kerjasama semua pihak, usaha murni cikgu-cikgu dapat direalisasikan suatu masa nanti.

cabaran ada di mana-mana. tetap berusaha walaupun dugaan datang melanda. positif dengan masa depan. Insya Allah berjaya.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka"
QS 13:11

kami hanyalah pengantaranya (fasilitator/ pemudahcara) sahaja.. andalah mengubahnya..

datanglah berjumpa kami, jika ada perkara yang perlu dikongsikan atau diselesaikan. kami sedia membantu anda dengan hati yang terbuka.

sehingga bertemu lagi dalam coretan yang akan datang.. harap tak jemu baca coretan cikgu.

salam sayang untuk semua murid Subang..

sekian, 

admin manis..


Friday, February 15, 2013

pencapaian tertinggi UBK SMK Subang

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang diberikan setelah bertahun-tahun kami cuba dapatkannya, akhirnya 1 November 2012 menjadi saksi bersejarah apabila kami dinobatkan menang tempat pertama untuk Anugerah Perkhidmatan Terbaik Unit Bimbingan & Kaunseling Daerah Petaling Perdana 2012...
tiada ucapan yang boleh dituturkan saat itu, mungkin bagi orang yang memandang, apa lah sangat anugerah tu.. tapi usaha dan komitmen berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan untuk didokumentasikan tidak semua orang boleh merealisasikannya. hampir dua minggu, kami berkurung untuk mendokumentasikan yang terbaik hasil kerja 2012... 
bila diimbas kembali, sewaktu mendapat surat penghargaan dari PPD yang memaklumkan UBK SMK Subang tercalon antara 5 buah sekolah untuk anugerah itu... rasa macam tak percaya.. lagi tak percaya bila kena hantar dokumentasi dalam tempoh 3minggu.. bincang punya bincang, kata sepakat dah dapat.. yes!!! we go for it!! jadi, untuk mendapatkan anugerah, usaha perlu dibuat... bermulalah pembahagian tugas dan pengumpulan maklumat & laporan... 
syukur alhamdulillah, cikgu2 relief faham dengan urusan kami.. kami rehat dari merelief guru-guru sepanjang tempoh 2 minggu terakhir sebelum hantar dokumentasi tu.. agenda berkurung dlm bilik Al-Ghazali pun bermula.. kekuatan datang serta merta memandangkan semua pentadbir memberikan sokongan, apalagi dengan tujuan mengharumkan nama sekolah.



dipendekkan cerita...Akhirnya, anugerah itu milik kami.. tersenyum lebar semua. untuk mendapat tempat di hati orang sekeliling, adakalanya kita perlu tonjolkan apa yang kita ada.. nah, inilah yang kami ada.. 5 orang GBK yang saling bantu membantu.. puas menangis bersama, merintih bersama, sakit pening..semuanya berkongsi cerita..akhirnya, senyuman ini menghapuskan semua kedukaan. 

kami kongsikan di sini hasil kerja yang kami hantar ke PPD PP yang melayakkan kami mendapat anugerah itu... 





kini, kami dalam proses mendapatkan semula original copy ni dr puan Penolong PPD (Kaunseling HEM), namun katanya ada sekolah yang pinjam.. wah, ada yang pinjam.. maknanya kami dah berkongsi perkara yang baik kepada sekolah lain yang memerlukan... Alhamdulillah..

semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dan sentiasa menjadi suntikan semangat buat kami berlima untuk terus berkhidmat di SMK Subang.

kami mengharapkan kerjasama dari semua warga SMKS untuk menjadi yang terbaik di Petaling Perdana. Insya Allah..

*optimis untuk menjadi bitara*

sekian, 

admin

Program Maju Diri Tingkatan 2

salam semua...

seperti biasa Program Maju Diri (PMD) akan dilaksanakan saban tahun di Selangor... pelbagai cara telahpun dibuat, sama ada menggunakan kepakaran guru ataupun tenaga dan kudrat GBK sendiri.. untuk tingkatan 2 tahun 2013.. kami telahpun melaksanakannya sendiri... modul 'Kemahiran Mendengar'..

PMD tingkatan 2 telah dilaksanakan pada 8, 9, 10 & 11 Januari.. makan masa yang agak lama sebab tingkatan 2 ada 15 kelas.. tapi demi keperluan murid, kami gagahi juga melaksanakannya..
bertempat di Dewan Ibnu Sina & juga Pusat Sumber Al-Farabi
Pengendali : Pn Kanniga a/p Ragavan & Pn Zurina Samhah Mohd Nor

antara album sepanjang PMD Ting 2 2013...











semoga murid-murid dapat mengamalkan kemahiran yang diberi dalam kehidupan seharian. sehingga bertemu lagi di dalam program lain selepas ini.

sekian,

admin

Thursday, February 14, 2013

Pentaksiran Psikometrik

salam hormat kepada semua warga SMK Subang...

hebahan terkini yang ingin dikongsikan di sini berkaitan dengan Pentaksiran Psikometrik yang akan mula dilaksanakan mulai 18 Februari 2013 (Isnin).

Tujuan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ;

  1. bantu murid mengetahui hala tuju masa depan
  2. bantu murid mengenali personaliti diri
  3. bantu guru  membuat penambahbaikan proses PdP di dalam kelas
  4. bantu perkembangan murid

Pelaksanaan PPsi Sila rujuk jadual di bawah;

Jadual untuk Inventori Tret Personaliti (Ting 1);

TARIKH
MASA
TINGKATAN
TEMPAT
19 Feb (S)
7.35 – 8.45
1 KAA
Kelas
18 Feb (I)
1.50 – 3.00
1 ADIL
19 Feb (S)
1.50 – 3.00
1 BAKTI
5.40 – 6.50
1 CEKAP
20 Feb (R )
1.50 – 3.00
1 DAMAI
5.40 – 6.50
1 EHSAN
21 Feb (K)
1.50 – 3.00
1 FASIH
5.40 – 6.50
1 GIGIH
22 Feb (J)
1.50 – 3.00
1 HORMAT
5.40 – 6.50
1 IKHLAS
25 Feb (I)
1.50 – 3.00
1 JUJUR
26 Feb (S)
1.50 – 3.00
1 KASIH
5.40 – 6.50
1 LUHUR
27 Feb (R)
1.50 – 3.00
1 MURNI
5.40 – 6.50
1 NIKMAT
28 Feb (K)
1.50 – 3.00
1 OPTIMIS
5.40 – 6.50
1 PRIHATIN

Jadual untuk Inventori Minat Kerjaya (Ting 1);


TARIKH
MASA
TINGKATAN
TEMPAT
28 Feb (K)
7.35 – 8.45
1 KAA
Kelas
1 Mac (J)
1.50 – 3.00
1 ADIL
5.40 – 6.50
1 BAKTI
4 Mac (I)
1.50 – 3.00
1 CEKAP
5 Mac (S)
1.50 – 3.00
1 DAMAI
5.40 – 6.50
1 EHSAN
6 Mac (R)
1.50 – 3.00
1 FASIH
5.40 – 6.50
1 GIGIH
7 Mac (K)
1.50 – 3.00
1 HORMAT
5.40 – 6.50
1 IKHLAS
8 Mac (J)
1.50 – 3.00
1 JUJUR
5.40 – 6.50
1 KASIH
11 Mac (I)
1.50 – 3.00
1 LUHUR
12 Mac (S)
1.50 – 3.00
1 MURNI
5.40 – 6.50
1 NIKMAT
13 Mac (R)
1.50 – 3.00
1 OPTIMIS
5.40 – 6.50
1 PRIHATIN

Jadual untuk Inventori Minat Kerjaya (Ting 2);


TARIKH
MASA
TINGKATAN
TEMPAT
19 Feb (S)
7.35 – 8.45
2 KAA
Kelas
18 Feb (I)
3.00 – 4.10
2 ADIL
Dewan
Ibnu SIna
19 Feb (S)
3.00 – 4.10
2 BAKTI
5.40 – 6.50
2 CEKAP
20 Feb (R )
3.00 – 4.10
2 DAMAI
5.40 – 6.50
2 EHSAN
21 Feb (K)
3.00 – 4.10
2 FASIH
5.40 – 6.50
2 GIGIH
22 Feb (J)
3.00 – 4.10
2 HORMAT
5.40 – 6.50
2 IKHLAS
25 Feb (I)
3.00 – 4.10
2 JUJUR
26 Feb (S)
3.00 – 4.10
2 KASIH
5.40 – 6.50
2 LUHUR
27 Feb (R)
3.00 – 4.10
2 MURNI
5.40 – 6.50
2 NIKMAT
28 Feb (K)
3.00 – 4.10
2 OPTIMIS


Jadual untuk Inventori Tret Personaliti (Ting 2);

TARIKH
MASA
TINGKATAN
TEMPAT
28 Feb (K)
7.35 – 8.45
2 KAA
Kelas
28 Feb (K)
5.40 – 6.50
2 ADIL
Dewan
Ibnu SIna
1 Mac (J)

3.00 – 4.10
2 BAKTI
5.40 – 6.50
2 CEKAP
4 Mac (I)
3.00 – 4.10
2 DAMAI
5 Mac (S)
3.00 – 4.10
2 EHSAN
5.40 – 6.50
2 FASIH
6 Mac (R)
3.00 – 4.10
2 GIGIH
5.40 – 6.50
2 HORMAT
7 Mac (K)
3.00 – 4.10
2 IKHLAS
5.40 – 6.50
2 JUJUR
8 Mac (J)
3.00 – 4.10
2 KASIH
5.40 – 6.50
2 LUHUR
11 Mac (I)
3.00 – 4.10
2 MURNI
12 Mac (S)
3.00 – 4.10
2 NIKMAT
5.40 – 6.50
2 OPTIMIS


Besar harapan saya agar murid2 tingkatan 1 & 2 sentiasa hadir ke sekolah bagi menjayakan pentaksiran Psikometrik ini. 

sekian, terima kasih

Admin

Wikipedia

Search results