Mengukuhkan sesuatu organisasi
memerlukan kerjasama dan komitmen dari setiap ahli yang mantap ilmunya. Sesuatu
organisasi tidak mampu bertahan lama sekiranya setiap ahli tidak memainkan
peranan masing-masing dengan sebaiknya. Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) yang membantu secara langsung Unit Bimbingan dan Kaunseling seharusnya
mantap dan berupaya melahirkan bakat-bakat kepemimpinan kelak. Keupayaan memimpin
perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah bagi member ruang dan peluang mengasah
bakat dan kemahiran diri.
OBJEKTIF
Di akhir program
ini, diharapkan agar Pembimbing Rakan Sebaya dapat :
- Mengumpul dana PRS untuk merealisasikan aktiviti pembangunan
sahsiah diri. - Memupuk sikap bekerjasama dalam satu pasukan.
- Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid yang lain.
- Meningkatkan keupayaan diri dan berupaya mengekalkan prestasi yang
baik. - Mempunyai hubungan yang erat sesama PRS dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
TENTATIF PELAKSANAAN KARNIVAL
TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | GURU TERLIBAT | AJK PRS | BAYARAN (RM) |
3 Julai | Pertandingan Bowling | Monterez Golf Club | Pn Nor Hanizah | Lailatul Fitri | 40.00 |
4 Julai | Running Man | Sekitar SMK Subang | Pn Zurina & Pn Kanniga | Afnan & Zafri | 30.00 |
5 Julai | Jumble Sale | Gelanggang Badminton | Pn Arfah | Arissa Athirah | - |
5-19 Julai | Pertandingan Fotografi (Dalam gambar ada lagu) | - | Pn Saraswathy | Marnisa | 10.00 |
Julai | Dariku Untukmu (Hadiah hari raya) | - | Pn Nor Hanizah & Pn Kanniga | Zulaika | 2.00 |
Ogos | Projek Bantu Upah | - | Pn Zurina & Pn Arfah | Hakimah | - |
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah...
1) Pertandingan Bowling Inter Subang
2) Running Man
3) Jumble Sale...
Hasil jualan melebihi RM 300...
Tahniah kepada semua PRS yang terlibat & memberikan sokongan serta sumbangan tenaga, masa dan idea sepanjang karnival ini berlangsung.
jangan lupa, lepas Ramadan, Karnival akan terus berlangsung...
Semoga kegemilangan PRS akan terus berkekalan. Aamiin..
Sekian.
No comments:
Post a Comment