Kami telah dipantau oleh wakil PPD di saat-saat akhir dengan beberapa kekurangan yang masih boleh diatasi. Alhamdulillah pemantau datang dengan memberikan bantuan yang tidak ternilai kepada kami semua.
Antara teguran yang perlu diperbaiki ialah..
- Fail peribadi klien sebaik-baiknya disediakan seorang satu fail.
- Rekod-rekod relief, klien rujukan dan sebagainya perlu diinventorikan supaya senang dirujuk oleh pihak lain.
- Program Kaunseling Berfokus perlu ditambahbaik.
- Rujukan melalui e-disipin perlu dicetak
- Kod konsultasi ibu bapa perlu menggunakan no kod anak/murid.
- Folder bidang perlu dikemaskini dengan bahan-bahan dan aktiviti berkaitan bidang berkenaan.
- Skuad PPDa harus diwujudkan.
- Perlu mencapai KPI 5 orang klien individu & 2 kelompok seminggu.
Antara perkara yang harus dikekalkan dan ditambah baik:
- Pengurusan sistem fail yang sangat teratur
- Analisis sesi & pelawat yang dinyatakan secara berkala.
- Kerjasama antara pasukan sangat baik.
Semoga tahun hadapan, kami dapat meningkatkan kecemerlangan bagi mengharumkan nama SMK Subang Cemerlang... Insya Allah
No comments:
Post a Comment