Sunday, February 22, 2015

Hari Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan 2015 serta Taklimat Ibu Bapa

TARIKH : 3 JANUARI 2015 (SABTU)
TEMPAT : LAMAN AL-IRSYAD & DEWAN IBNU SINA
MASA     : 7.30PAGI - 12.30 TGH HARI

KELOLAAN : JK PENDAFTARAN & JK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

ATURCARA DI LAMAN AL-IRSYAD
7.30 pagi :
Berkumpul di Laman Al-Irsyad mengikuy kelas
Aluan Juruacara Majlis, Pn Normadiyana bt Abdullah
Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Cemerlang Bersamamu
Ucapan Selamat Datang oleh Pn Monaliza bt Ismail, PK Petang
Taklimat Pusat Sumber oleh Pn Hayati bt Abdullah, Guru Media
Taklimat Disiplin oleh En Ahmad Faizal, Ketua Guru Disiplin Sesi Petang
Taklimat Kokurikulum oleh Pn Rosmani bt Che Ismail, Penyelaras Unit Beruniform
Taklimat Kaunseling oleh Pn Zurina Samhah bt Mohd Nor, Penyelaras UBK
Taklimat KAA oleh Ustzh Rohibah bt Husain, Penyelaras KAA

10.00 pagi :
Rehat

10.30 pagi:
Bergerak masuk ke kelas untuk
Pengurusan Kelas,
Pengurusan SPBT,
dan lain-lain urusan dengan Guru Tingkatan

ATURCARA DI DEWAN IBNU SINA
7.30 pagi:
Aluan Juruacara Majlis, Pn Normadiyana bt Abdullah
Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Cemerlang Bersamamu
Ucapan Selamat Datang oleh Pn Hjh Zawiah bt Yahya, Pengetua SMK Subang
Taklimat Kurikulum oleh Tn Hj Sabri b Baharom, Penolong Kanan
Taklimat Hal Ehwal Murid oleh Tn Hj Shamidi b Kosiran, PK HEM
Taklimat Kokurikulum oleh Pn Noor Azizah bt Che Nawi, PK Kokurikulum
Taklimat Sesi Petang oleh Pn Monaliza bt Ismail, PK Petang

10.30 pagi:
Ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing untuk urusan kelas dan sebagainya.

 




























Semoga majlis ini diberkati.

Salam 2015

Assalamualaikum... & Selamat Sejahtera,

Sudah lama tidak menitipkan sesuatu di Blog ini..
Harapan admin, agar semua warga sekolah sihat & telah pun mengorak langkah lebih jauh di saat 2015 telah pun menjengah ke bulan Februari.

Peristiwa sayu yang menerjah keluarga UBK tahun ini, sudah tentu dengan perpindahan sahabat merangkap kekanda Admin ke sekolahnya yang baharu.
Alangkah sedih tidak terkata, namun percaturan Yang Masa Esa mengatasi segalanya.

Semoga Kekanda Nor Hanizah Ghazali kembali bersinar di SMK Shah Alam.

Gambar-gambar ini sekitar majlis Perpisahan Pembimbing Rakan Sebaya Bersama Pn Nor Hanizah Ghazali di Dewan MBSA Kg Melayu Subang, Shah Alam pada 14 Februari 2015.






















Thursday, October 16, 2014

JADUAL PROGRAM SELEPAS PT3

Program ini akan diadakan pada 17, 27, 28 dan 29 Oktober 2014.
Oleh yang demikian, cikgu mengharapkan semua murid tingkatan 3 dapat hadir memeriahkan aktiviti selama 4 hari ini.

Sila rujuk jadual di bawah... pastinya yang menarik sahaja yg cikgu kongsikan dalam masa yang suntuk ini..





Friday, September 19, 2014

Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di sini saya nak hebahkan tarikh-tarikh penting yang bakal berlangsung pada minggu hadapan terutamanya murid tingkatan 3

Harapan saya agar, murid-murid semua dah habis bercuti ye.

Kenapa mesti duduki pentaksiran ni?
Ia bertujuan untuk...


Berikut adalah jadual Pentaksiran Psikometrik yang bakal berlangsung di SMK Subang mulai 22 hingga 25 September.
Pastikan semua murid hadir ke sekolah.
Jangan lupa bawa pensil 2B k..


Ada persoalan, boleh dikemukakan kpd Pn Zurina Samhah.

Sekian, untuk makluman.

Thursday, September 18, 2014

Jangan Tunggu Kaki Bergerak




Bilik Al-Ghazali bakal berwajah baharu...

Assalamualaikum...



tak sabar nak nantikan bilik Kaunseling yg bakal bertukar lantai...

ni wajah2 sebelum renovation..



ni sebelum ye...

skrg tgh buat... nnt sy share lg minggu depan..




















Wikipedia

Search results