Showing posts with label Latihan Dalam Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Latihan Dalam Perkhidmatan. Show all posts

Monday, February 8, 2016

PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2015

Syukur Alhamdulillah, SMK Subang Cemerlang terpilih untuk menyertai Program Remaja Berwawasan (PRB) anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia (Angkatan Tentera Malaysia ATM), Kementerian Dalam Negeri (Polis Diraja Malaysia PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Program ini melibatkan beberapa buah negeri di seluruh Malaysia termasuklah negeri Selangor. Sembilan buah sekolah terpilih mewakili negeri Selangor iaitu SMK USJ 8, SMK Seksyen 19, SMK Seksyen 24, SMK Puchong Permai, SMK Puchong Batu 8, SMK Seksyen 16, SMK Taman Sri Muda, SMK Alam Megah dan SMK Subang. Ia merupakan program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) kelapan. 

Pelbagai aktiviti diatur bagi menjayakan program kebangsaan ini termasuklah Kursus Penataran Jurulatih PRB yang telah diadakan pada 30 Mac - 3 April 2015 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang Darul Makmur.

Ceramah bagi mendedahkan guru-guru dan jurulatih tentang PRB

Perbincangan sebelum pembentangan



Semoga kerjasama antara Jurulatih dan guru-guru menghasilkan kejayaan

Dr Kiri : Pn Zurina, Sig Sharil Izuan, Lt. Mohd Mazhar, Kpl Firdaus & Pn Hazel



Friday, May 2, 2014

Guru Pewaris Ilmu 2014

Pada 29 April yang lalu Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama JK Latihan Dalam Perkhidmatan telahpun berjaya melaksanakan program perkembangan staf bersama-sama guru-guru yang baharu berkhidmat di SMK Subang.



Program dua jam ini telan diisi dengan kandungan pemantapan jati diri guru oleh Yang Berusaha Tn Hj Shamidi b Kosiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertempat di Bilik Umar Abdul Aziz, SMK Subang.



19 daripada 25 orang guru telah hadir bagi menambah ilmu pengetahuan di dalam borang pendidikan.



Semoga guru-guru baharu ini mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan sahsiah murid di SMK Subang.






















Wikipedia

Search results