Showing posts with label Guru Penyayang. Show all posts
Showing posts with label Guru Penyayang. Show all posts

Monday, February 15, 2016

Perjumpaan Mentor Mentee 2/2016

Tarikh : 5 Februari 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 8.45 pagi
Tempat : Kelas masing-masing
Aktiviti : Modul Mengikut Tingkatan.

  




 







 













Saturday, February 13, 2016

Bengkel Pemantapan Mentorku Penyayang 1/2016

Tarikh : 4 Februari 2016 (Khamis)
Masa : 1.15 hingga 1.45 tgh hari
Tempat : Mentor Ting 5 di Bilik Al-Ghazali, Mentor Ting 3 & 4 di Bilik Umar Abdul Aziz
Fasilitator :

  • Pn Zurina (Mentor Ting 5)
  • Pn Normadiyana (Mentor Ting 4)
  • Pn Rosnor (Mentor Ting 3)
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu mentor menjalankan aktiviti bersama mentee masing-masing dengan lebih mudah dan lancar.

Alhamdulillah UBK mendapat kerjasama yang baik daripada semua mentor.
Semoga semuanya berjalan lancar.




Perjumpaan Mentor Mentee 1

Tarikh : 3 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 10.50 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Kelas masing-masing
Aktiviti : Mengikut modul Mentor Mentee yang dibekalkan oleh KPM.


AKTIVITI 1 TINGKATAN 5 (SAHABAT)

Sesi ramah mesra
Aktiviti perbincangan
Aktiviti pembentangan
Rumusan







Sunday, February 22, 2015

Hari Orientasi Tingkatan 1 & Peralihan 2015 serta Taklimat Ibu Bapa

TARIKH : 3 JANUARI 2015 (SABTU)
TEMPAT : LAMAN AL-IRSYAD & DEWAN IBNU SINA
MASA     : 7.30PAGI - 12.30 TGH HARI

KELOLAAN : JK PENDAFTARAN & JK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

ATURCARA DI LAMAN AL-IRSYAD
7.30 pagi :
Berkumpul di Laman Al-Irsyad mengikuy kelas
Aluan Juruacara Majlis, Pn Normadiyana bt Abdullah
Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Cemerlang Bersamamu
Ucapan Selamat Datang oleh Pn Monaliza bt Ismail, PK Petang
Taklimat Pusat Sumber oleh Pn Hayati bt Abdullah, Guru Media
Taklimat Disiplin oleh En Ahmad Faizal, Ketua Guru Disiplin Sesi Petang
Taklimat Kokurikulum oleh Pn Rosmani bt Che Ismail, Penyelaras Unit Beruniform
Taklimat Kaunseling oleh Pn Zurina Samhah bt Mohd Nor, Penyelaras UBK
Taklimat KAA oleh Ustzh Rohibah bt Husain, Penyelaras KAA

10.00 pagi :
Rehat

10.30 pagi:
Bergerak masuk ke kelas untuk
Pengurusan Kelas,
Pengurusan SPBT,
dan lain-lain urusan dengan Guru Tingkatan

ATURCARA DI DEWAN IBNU SINA
7.30 pagi:
Aluan Juruacara Majlis, Pn Normadiyana bt Abdullah
Bacaan Doa
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Cemerlang Bersamamu
Ucapan Selamat Datang oleh Pn Hjh Zawiah bt Yahya, Pengetua SMK Subang
Taklimat Kurikulum oleh Tn Hj Sabri b Baharom, Penolong Kanan
Taklimat Hal Ehwal Murid oleh Tn Hj Shamidi b Kosiran, PK HEM
Taklimat Kokurikulum oleh Pn Noor Azizah bt Che Nawi, PK Kokurikulum
Taklimat Sesi Petang oleh Pn Monaliza bt Ismail, PK Petang

10.30 pagi:
Ibu bapa bergerak ke kelas anak masing-masing untuk urusan kelas dan sebagainya.

 




























Semoga majlis ini diberkati.

Tuesday, November 5, 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...





Kepada semua anak didik SMK Subang, Shah Alam 


yang bakal menduduki peperiksaan SPM 


bermula esok 6 November 2013...







Kami warga pendidik 


mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. 


Tenanglah menghadapinya. 


Semoga ilmu yang ditimba selama ini bakal membantumu. Mungkin juga jasa baikmu menyumbang khidmat bakti 


di SMK Subang akan memberimu 


kelapangan untuk menjawab soalan demi soalan, 


mata pelajaran demi mata pelajaran. 


Semoga usahamu selama berada di sini, 


akan menghasilkan kejayaan.







Tiada apa yang harus kami bantu lagi, 


melainkan doa yang subur mengiringimu 


berjuang di medan peperiksaan.





Tabahlah menghadapinya...


Berusaha sehingga ke titisan akhir..










Akhir kata..





Nukilan rasa dari Puan AMY buat semua murid tingkatan 5





Wahai anak didik ku


Kami menerima kalian dari tangan ibubapa mu


Kami ambil kalian dari pelbagai latarbelakang


Kami bersihkan,


Kami pelihara, dan kami gilapkan ilmu


supaya kalian bersinar dan


dapat memberi manfaat kepada masyarakat


Kini,


Masanya telah tiba


Untuk kami lepaskan kalian


Berjuanglah kalian


Berjuanglah untuk masa depan 


Kami doakan kejayaan buat kalian


Dan kami restui ilmu sepanjang perkenalan kita





SEMOGA BERJAYA!!!!

Saturday, October 19, 2013

Kembara PPDa 2013

Assalamualaikum...



Bertemu lagi kita di arena ini.


Hari ni admin nak kongsikan kemeriahan Kembara PPDa yang telah diadakan pada 28 September yang lalu di sekitar Kampung Melayu Subang dan SMK Subang.




Program ini sebenarnya telah digabungkan bersama 6 program besar yang lain iaitu dimulakan dengan Forum Perdana, Majlis Penutup Program Bacathon, Program Membaca 1 Sekolah, Pemeriksaan Kesihatan, Progeam Khidmat Masyarakat Unit Beruniform dan juga Promosi Makan Ikan Air Tawar.





Setiap satu program diterajui oleh jawatankuasa guru terpilih dan berkaliber bagi menjayakan program besar-besaran ini.





Berikut adalah tentatif pada 27 dan 28 September 





27 September 2013 (Jumaat)


7:00 mlm


Persembahan Qasidah & Nasyid              


   Jamuan Ringan





7:30 mlm


Solat Maghrib





8:00 mlm


Forum Perdana


Membina Masyarakat Madani





10:00 mlm


Bersurai








Moderator:


Ustaz Mohd Fauza b Ali


(SMK Subang Cemerlang)





Ahli Panel:


Ustaz Shopuan Anuar B Hj. Ahmad


(Jabatan Pendidikan Selangor)


Ustaz Amir Hisyam b Hassan


(Institut Latihan Perindustrian)


Ustaz Uda b Kassim


(Maahad Dakwah Al-Irshad Al Fateh)





28 September 2013 (Sabtu)























































 7.30 pg:


Kehadiran Murid, Guru & AJK PIBG





8.00 pagi:


Pameran ‘Booth’ Agensi Luar Bermula


Ucapan Aluan Juruacara Majlis


Bacaan Doa


Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, Negeri Selangor dan


‘Cemerlang Bersamamu’


Ucapan Selamat Datang YDP PIBG





Aktiviti-aktiviti Bermula


(Dimulai dengan Taklimat oleh Ketua Unit


Masing-masing)





Program Membaca 1 Sekolah





Kembara PPDa:


‘Check-Point’


Restoran Ad-Dhuha (Sarapan)


-> Speedmart Subang Permai -> Rumah Amal Kasih Bestari -> Kembali ke Sekolah





Program Unit Beruniform:


Khidmat  Masyarakat


(Masjid An-Nur & Surau Al-Hidayah


Taman Subang Baru)





Pertandingan Memasak Ikan Keli





11:00: 


Murid Rehat





11:45:  


Majlis Penutupan Bacathon &


Penyampaian Hadiah


Jamuan/ Promosi Makan Ikan Air Tawar


(Ikan Keli)





12:30:


Bersurai





Apakah itu PPDa?


PPDa merupakan singkatan daripada Pendidikan Pencegahan Dadah yang juga salah satu program yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dilaksanakan di semua sekolah. Misiya ingin melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program PPDa yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.





Oleh yang demikian, Kembara PPDa dijalankan bagi meningkatkan Kesan Halo kepada masyarakat sekeliling. Maklumat berkaitan PPDa disebarkan dan diedarkan sepanjang kembara berbasikal pada hari tersebut. 





Kembara ini adalah gabungan beberapa jawatankuasa PPDa, Guru Penyayang dan Warga Emas telah disertai oleh 40 orang murid dan 10 orang ajk PIBG dan warga emas sekitar Kg Melayu Subang.





Alhamdulillah kembara ini selamat dijayakan dengan mendapatkan sejumlah sumbangan bagi membangunkan Sudut PPDa di sekolah ini.





Berikut adalah potret-potret yang berjaya dirakamkan sepanjang kembara tersebut....

















































































Wikipedia

Search results