Monday, July 14, 2014

Bengkel Pemantapan Kendiri PRS 2014

Syukur masih ada kesempatan untuk melaksanakan kursus PRS tahun dengan hasil usaha Admin selama ini.



Pada tanggal 28hb Mei 2014, hari Rabu...merupakan hari pertama cuti pertengahan tahun bagi semua murid.. dengan gigihnya, semua PRS dan GBK nya berkumpul dan memenuhi ruangan sekolah. Serentak dengan program ini juga... Pemimpin Murid dan Pengawas Pusat Sumber juga ada aktiviti mereka.



Berikut adalah tentatifnya...






7.30
pg – 8.00 pg                                :
Pendaftaran





8.00
pg – 10.00pg                               :
Lerai Bendungan





10.00
pg – 10.30 pg                            : Rehat            


                           


10.30
pg – 12.30 tghr                          :
Pengurusan kumpulan


                                                            -
Maze Game


                                                            -
Botol Tali Air


                                                            -
Bina Menara


                                                            -
Jejari Helium


                                                            -
Vision Board





12.30
tghr – 2.00 ptg                          : Rehat





2.00
ptg – 4.00 ptg                              :
Membina Pasukan


                                                            -
Traffic Jam


                                                            - Daunku Daunmu


                                                            -
Naikkan Bendera





4.00
ptg                                               :
Penutup & Sesi Penghargaan







4.30
ptg                                               :
Bersurai








Seawal 7.30 pagi semuanya telah berkumpul... memulakan aktiviti Lerai Bendungan...








































10.30 pg memulakan aktiviti Pengurusan Kumpulan





Bola S


















Maze Game













Tikar Asid













Bina Menara

















Cari Harta

















2.00
ptg Membina Pasukan





Daunku Daunmu


























Traffic Jam














Naikkan Bendera





















Sesi Penghargaan









































5.00 petang kami berakhir...





















Alhamdulillah... usai sudah Kursus PRS 2014..


Nantikan Karnival PRS








Semoga PRS SMK Subang menjadi agen perubahan walau 


di mana sahaja berada





Sekian, 


Admin Ori

Friday, May 2, 2014

Guru Pewaris Ilmu 2014

Pada 29 April yang lalu Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama JK Latihan Dalam Perkhidmatan telahpun berjaya melaksanakan program perkembangan staf bersama-sama guru-guru yang baharu berkhidmat di SMK Subang.



Program dua jam ini telan diisi dengan kandungan pemantapan jati diri guru oleh Yang Berusaha Tn Hj Shamidi b Kosiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertempat di Bilik Umar Abdul Aziz, SMK Subang.



19 daripada 25 orang guru telah hadir bagi menambah ilmu pengetahuan di dalam borang pendidikan.



Semoga guru-guru baharu ini mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan sahsiah murid di SMK Subang.






















Wednesday, March 19, 2014

Pembukaan Akaun SSPNi di SMK Subang

Semua murid SMK Subang Cemerlang dipelawa untuk membuka akaun SSPNi melalui Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) memandangkan kini SMK Subang Cemerlang telahpun menjadi Sahabat PTPTN.



Keistimewaan SSPNi ialah:-




  1. layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;

  2. pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6000 setahun; 

  3. perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1000 dan ke atas;

  4. Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.

  5. Simpanan mudah dan dijamin kerajaan; dan

  6. kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.






Dokumen apa yang perlu untuk buka akaun SSPNi?













Kemudahan penyimpanan di 6 buah agen (bank) PTPTN.













Bagaimana hendak semak baki akaun?










Sekiranya berminat, semua murid boleh mengambil borang pembukaan akaun dan slip deposit di Bilik Al-Ghazali dan jumpa mana-mana Guru Kaunselor anda untuk keterangan lanjut.





Amalkan gaya hidup menyimpan dan menabung.





Sekian, terima kasih.




Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Murid lepasan SPM yang berminat menyambung pelajaran di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dipelawa untuk hadir dan mendaftar pada ketetapan berikut:-



Tarikh :14  April hingga 12 Mei 2014

Masa   : 10 pagi hingga 5 petang

Tempat : Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak, (MQA : A7116)

              Ground Floor, Podium Block, Season Square,

              No 1, Jln PJU 10/3C, Damansara Damai,

              47830 Petaling Jaya, Selangor



Maklumat Kursus adalah seperti berikut:-



Kursus : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Mod Pengajian : Sepenuh Masa

                         Kohort A : Kelas Isnin hingga Jumaat

                         Kohort B : Kelas Jumaat hingga Ahad

Tempoh Pengajian : 2tahun setengah

Kelayakan akademik : Minimum SPM (3 kredit mana-mana subjek dan lulus BM)

Jumlah Yuran Pengajian : RM 13,100.00

Yuran pendaftaran : RM 300.00 (yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan)

Yuran penginapan : RM 520.00 (untuk yang memohon shj)



Maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nor Saa'dah bt Hj Abd Manaf 016-2016511.



Sekian.




Sunday, March 9, 2014

Permohonan Program Prauniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, KPM membuka peluang kpd murid-murid lepasan SPM yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.



Syarat-syarat Am




  1. Mewakili negara/ berpotensi mewakili negara.

  2. Telah menduduki SPM Dan lulus dalam MP Bahasa Malaysia.

  3. Umur tidak melebihi 20tahun pd tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

  4. Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan Dan diiktiraf Majlis Sukan Negara Dan PERSATUAN Sukan Kebangsaan.

  5. Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.






Syarat-syarat Khas:-



ALIRAN SAINS




  1. sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam MP Matematik Moden; Dan

  2. lulus sekurang-kurangnya 2 MP daripada berikut (Biologi, fizik, kimia, Mat Tambahan, Teknologi Maklumat, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, BI, Lukisan Kejuruteraan, rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Sukan)




ALIRAN SASTERA




  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Modern; Dan

  2. Lulus 2 MP berikut ( Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, BI, LK, Rekacipta, TK, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Biologi, Fizik, Kimia, sains Sukan)






Tatacara Permohonan:-




  1. isi dan lengkapkan borang Permohonan secara on line di web KPM www.moe.gov.my.

  2. tarikh Permohonan 10 February hingga 9 April 2014.

  3. Hantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telan disahkan kepada:- 


Pengarah,

Bahagian Sukan,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Tuesday, February 25, 2014

PROGRAM KUNJUNG TEMU: DUNIA IPT 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Bermula 26 Mac hingga 17 April, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Program Kunjung Temu: Dunia IPT ke IPTA/ IPTS/ ILKA/ ILKS yang telah dihubungi mengikut kelas tingkatan 5 yang telah ditetapkan. 





Berikut adalah tentatif program. Tertakluk kepada perubahan.












Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kerjasama semua pihak.





Terima kasih.

Monday, February 24, 2014

JADUAL PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2014

Berikut dimaklumkan jadual Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1 2014.
















Wikipedia

Search results