Tuesday, July 23, 2013

Program Motivasi Belajar Sesi Petang

Tarikh : 23 Julai 2013

Hari : Selasa

Masa : 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang

Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Subang

Penceramah : Tuan Syed Faizal S.Rahman

Smart Study & Consultancy



Sasaran : Murid Tingkatan 2 Adil, 2 Bakti, 2 Cekap & 2 Damai



Kandungan Ceramah :

1) Kemahiran Belajar Teknik Akronim

2) Kemahiran Belajar Teknik Akrostik

3) Kemahiran Belajar Teknik Audiostik



Semoga semua peserta mendapat manfaat dan mengamalkannya di dalam sesi pembelajaran seharian.



Terima kasih di atas sumbangan tenaga oleh Tuan Syed Faizal S Rahman kerana kesudian berkunjung ke SMK Subang. Insya Allah kami jemput tuan lagi.




































































Monday, July 8, 2013

Karnival PRS


Mengukuhkan sesuatu organisasi
memerlukan kerjasama dan komitmen dari setiap ahli yang mantap ilmunya. Sesuatu
organisasi tidak mampu bertahan lama sekiranya setiap ahli tidak memainkan
peranan masing-masing dengan sebaiknya. Organisasi Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) yang membantu secara langsung Unit Bimbingan dan Kaunseling seharusnya
mantap dan berupaya melahirkan bakat-bakat kepemimpinan kelak. Keupayaan memimpin
perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah bagi member ruang dan peluang mengasah
bakat dan kemahiran diri.








OBJEKTIF


Di akhir program
ini, diharapkan agar Pembimbing Rakan Sebaya dapat :




  • Mengumpul dana PRS untuk merealisasikan aktiviti pembangunan
    sahsiah diri.

  • Memupuk sikap bekerjasama dalam satu pasukan.

  • Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid yang lain.

  • Meningkatkan keupayaan diri dan berupaya mengekalkan prestasi yang
    baik.

  • Mempunyai hubungan yang erat sesama PRS dan Guru Bimbingan dan
    Kaunseling.






TENTATIF PELAKSANAAN KARNIVAL































































TARIKH


AKTIVITI


TEMPAT


GURU TERLIBAT


AJK PRS


BAYARAN


(RM)


3 Julai


Pertandingan Bowling


Monterez Golf Club


Pn Nor Hanizah


Lailatul Fitri


40.00


4 Julai


Running
Man


Sekitar SMK Subang


Pn Zurina & Pn Kanniga


Afnan & Zafri


30.00


5 Julai


Jumble
Sale


Gelanggang Badminton


Pn Arfah


Arissa Athirah


-


5-19 Julai


Pertandingan
Fotografi


(Dalam
gambar ada lagu)


-


Pn Saraswathy


Marnisa


10.00


Julai


Dariku
Untukmu (Hadiah hari raya)


-


Pn Nor Hanizah & Pn Kanniga


Zulaika


2.00


Ogos


Projek
Bantu Upah


-


Pn Zurina & Pn Arfah


Hakimah


-









Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah...





1) Pertandingan Bowling Inter Subang









2) Running Man









3) Jumble Sale...





Hasil jualan melebihi RM 300... 





Tahniah kepada semua PRS yang terlibat & memberikan sokongan serta sumbangan tenaga, masa dan idea sepanjang karnival ini berlangsung.


jangan lupa, lepas Ramadan, Karnival akan terus berlangsung...





Semoga kegemilangan PRS akan terus berkekalan. Aamiin..





Sekian.


Wednesday, June 5, 2013

Kem PRS

Tarikh   : 3-4 Jun 2013

Tempat : Kem Nur Laman Bestari Resort, Ulu Yam

Sasaran : 40 orang PRS, Pengawas & Pengawas Pusat Sumber sesi pagi

Konsultan : Shadia & Dr Mohd Salleh Koyakuti



Matlamat :

Di akhir program ini, para peserta dijangka mendapat:

1) mengenal diri masing-masing sehubungan dengan keupayaan diri mereka secara syumul

2) sedar tentang potensi diri masing-masing dan apa yang diperlukan untuk merealisasikannya

3) berupaya meningkatkan usaha untuk menjadi lebih cemerlang



Tentatif :



3 Jun (Isnin)

7.45 pg   : Bertolak dari SMK Subang

8.35 pg   : Sarapan

9.00 pg   : Merasmi gelanggang dengan cuitan minda

10.30 pg : Rehat

10.45 pg : Puzzle

11.45 pg : Kesesakan Lebuh Raya & Tenteng Korporat

1.00 ptg  : Rehat & Solat

2.00 ptg  : Keseronokan dengan Hula

4.00 ptg  : Flying Fox & Obstacle

6.30 ptg  : Rehat & Solat

8.00 mlm : Rampasan Penerbangan 911

10.00 mlm : Membina Menara Telur

11.15 mlm : Rehat



4 Jun (Selasa)

8.00 pg   : Sarapan

8.30 pg   : Penghantaran dengan bandana, Sesama menuju sasaran & bintang 9 penjuru

10.00 pg : Rehat

10.30 pg : Belajar menerima & memberi maklumbalas

11.15 pg : Melukis mural & Iltizam baharu

12.15 th  : Rehat

2.00 ptg  : Treasure Hunt

3.00 ptg : Rumusan & Penyampaian Hadiah

3.15 ptg : Aktiviti bebas

4.45 ptg : Bertolak balik ke SMK Subang









































































































Sekian, perkongsian kali ini... semoga PRS yang diketuai oleh Saudara Muhammad Nur Amirul b Norazman terus maju & berketerampilan sehingga ke dunia kerjaya nanti.. 





Admin sweet..




Sunday, June 2, 2013

Program Solusi Diri

Program Solusi Diri 2013




Saban tahun, Solusi Diri sering dikaitkan dengan murid Tingkatan 3 SMK Subang. Namun pada tahun 2013, Program Solusi Diri diperluaskan kepada murid Tingkatan 2. Ia berikutan keperluan yang mendesak terhadap topik yang berkaitan.





Konsultan yang diberi tanggungjawab mengendalikan program ini selama dua hari berturut-turut dengan empat slot ialah Raudhatus Sakinah Training & Consultancy dilihat sangat berjaya membawa peserta mengetahui dan memahami kenapa perlu menjauhi gejala zina.





Tarikh Program : 18 & 19 Mac 2013 (Isnin & Selasa)


Masa & Sasaran : 




  1. Slot 1 : 8 pagi - 1.10 ptg (Tingkatan 3)

  2. Slot 2 : 2.00 - 6.50 ptg (Tingkatan 2)


Tajuk : Anda Bijak Jauhi Zina




















































Berikut adalah analisis borang penilaian program kali ini...













Semoga.. pendedahan yang disampaikan diserap sebaiknya oleh semua peserta Solusi Diri 2013... Jadi anak-anak yang baik ye anak-anak sekalian...





Sekian, 





Admin Superwoman..




Wikipedia

Search results