Sunday, March 9, 2014

Permohonan Program Prauniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, KPM membuka peluang kpd murid-murid lepasan SPM yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.



Syarat-syarat Am




  1. Mewakili negara/ berpotensi mewakili negara.

  2. Telah menduduki SPM Dan lulus dalam MP Bahasa Malaysia.

  3. Umur tidak melebihi 20tahun pd tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

  4. Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan Dan diiktiraf Majlis Sukan Negara Dan PERSATUAN Sukan Kebangsaan.

  5. Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.






Syarat-syarat Khas:-



ALIRAN SAINS




  1. sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam MP Matematik Moden; Dan

  2. lulus sekurang-kurangnya 2 MP daripada berikut (Biologi, fizik, kimia, Mat Tambahan, Teknologi Maklumat, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, BI, Lukisan Kejuruteraan, rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Sukan)




ALIRAN SASTERA




  1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Modern; Dan

  2. Lulus 2 MP berikut ( Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, BI, LK, Rekacipta, TK, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Biologi, Fizik, Kimia, sains Sukan)






Tatacara Permohonan:-




  1. isi dan lengkapkan borang Permohonan secara on line di web KPM www.moe.gov.my.

  2. tarikh Permohonan 10 February hingga 9 April 2014.

  3. Hantar borang permohonan yang dilengkapkan beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telan disahkan kepada:- 


Pengarah,

Bahagian Sukan,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results