Saturday, October 19, 2013

Kembara PPDa 2013

Assalamualaikum...



Bertemu lagi kita di arena ini.


Hari ni admin nak kongsikan kemeriahan Kembara PPDa yang telah diadakan pada 28 September yang lalu di sekitar Kampung Melayu Subang dan SMK Subang.




Program ini sebenarnya telah digabungkan bersama 6 program besar yang lain iaitu dimulakan dengan Forum Perdana, Majlis Penutup Program Bacathon, Program Membaca 1 Sekolah, Pemeriksaan Kesihatan, Progeam Khidmat Masyarakat Unit Beruniform dan juga Promosi Makan Ikan Air Tawar.





Setiap satu program diterajui oleh jawatankuasa guru terpilih dan berkaliber bagi menjayakan program besar-besaran ini.





Berikut adalah tentatif pada 27 dan 28 September 





27 September 2013 (Jumaat)


7:00 mlm


Persembahan Qasidah & Nasyid              


   Jamuan Ringan





7:30 mlm


Solat Maghrib





8:00 mlm


Forum Perdana


Membina Masyarakat Madani





10:00 mlm


Bersurai








Moderator:


Ustaz Mohd Fauza b Ali


(SMK Subang Cemerlang)





Ahli Panel:


Ustaz Shopuan Anuar B Hj. Ahmad


(Jabatan Pendidikan Selangor)


Ustaz Amir Hisyam b Hassan


(Institut Latihan Perindustrian)


Ustaz Uda b Kassim


(Maahad Dakwah Al-Irshad Al Fateh)





28 September 2013 (Sabtu)























































 7.30 pg:


Kehadiran Murid, Guru & AJK PIBG





8.00 pagi:


Pameran ‘Booth’ Agensi Luar Bermula


Ucapan Aluan Juruacara Majlis


Bacaan Doa


Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, Negeri Selangor dan


‘Cemerlang Bersamamu’


Ucapan Selamat Datang YDP PIBG





Aktiviti-aktiviti Bermula


(Dimulai dengan Taklimat oleh Ketua Unit


Masing-masing)





Program Membaca 1 Sekolah





Kembara PPDa:


‘Check-Point’


Restoran Ad-Dhuha (Sarapan)


-> Speedmart Subang Permai -> Rumah Amal Kasih Bestari -> Kembali ke Sekolah





Program Unit Beruniform:


Khidmat  Masyarakat


(Masjid An-Nur & Surau Al-Hidayah


Taman Subang Baru)





Pertandingan Memasak Ikan Keli





11:00: 


Murid Rehat





11:45:  


Majlis Penutupan Bacathon &


Penyampaian Hadiah


Jamuan/ Promosi Makan Ikan Air Tawar


(Ikan Keli)





12:30:


Bersurai





Apakah itu PPDa?


PPDa merupakan singkatan daripada Pendidikan Pencegahan Dadah yang juga salah satu program yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dilaksanakan di semua sekolah. Misiya ingin melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program PPDa yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.





Oleh yang demikian, Kembara PPDa dijalankan bagi meningkatkan Kesan Halo kepada masyarakat sekeliling. Maklumat berkaitan PPDa disebarkan dan diedarkan sepanjang kembara berbasikal pada hari tersebut. 





Kembara ini adalah gabungan beberapa jawatankuasa PPDa, Guru Penyayang dan Warga Emas telah disertai oleh 40 orang murid dan 10 orang ajk PIBG dan warga emas sekitar Kg Melayu Subang.





Alhamdulillah kembara ini selamat dijayakan dengan mendapatkan sejumlah sumbangan bagi membangunkan Sudut PPDa di sekolah ini.





Berikut adalah potret-potret yang berjaya dirakamkan sepanjang kembara tersebut....

















































































No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results