Monday, September 9, 2013

BIASISWA PIDN JPA TELAH DIBUKA..

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2013/2014 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Jenis Tajaan:

Biasiswa



Tajaan Meliputi:

Elaun sara hidup (setahun)

Elaun buku (setahun)

Elaun alat perkakas (setahun)

Elaun tesis (sekali sahaja)

Elaun kertas projek (setahun)

Elaun latihan amali (sehari)



Syarat Asas Tajaan:

Warganegara Malaysia;

Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013; 

Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; atau

Tahun pertama peringkat Diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).



Bidang Tajaan:

Kejuruteraan dan teknikal

Sains sosial

Klinikal dan kesihatan

Sains fizikal

Sains hayat



Nota: Rujuk iklan tawaran untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bidang yang ditaja.



Tarikh Tutup Permohonan:

     16 September 2013



keterangan lanjut..

http://pidn.jpa.gov.my/epermohonan/index.php?program=PIDN

No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results