Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Sedar tak sedar...
cuti panjang kali ni telah hampir ke penghujungnya.
Seronokkan bercuti panjang, tau ke cuti apa baru-baru ni?
Meh, cikgu ceritakan ye..
5 & 6 Ogos : cuti berganti (tarikh ganti akan diberitahu kemudian)
7 - 18 Ogos : Cuti persekolahan pertengahan penggal
Maka,
secara rasminya 19hb Ogos (Isnin)
adalah hari persekolahan.
Oleh yang demikian,
Semua murid SMK Subang, harus membuat persiapan sempena minggu kembali ke sekolah ini
iaitu dengan;
* menyediakan pakaian rasmi/ uniform sekolah termasuk kasut & stokin, pastikan bersih & bergosok
* menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan sebelum cuti
* menyusun buku mengikut jadual Isnin
(jadual takde, sila tanya kawan k)
* pastikan semua alatulis & buku dibawa
* pastikan handphone/ handset/ smart phone/ telefon bimbit dan seumpamanya tidak dibawa
* tidur awal pada malam Isnin
* set minda anda, bahawa Isnin adalah hari persekolahan yang dinanti-nanti & penuh dengan kejutan
-Selamat Kembali Ke Sekolah-
No comments:
Post a Comment